Aktiviti 2020

Aktiviti 2020

Pada 4hb Januari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi sesi tahun 2020-2022. Pemilihan baharu Ahli Jawatankuasa telah dibentuk untuk menguruskan kelab ini.
Pada 18hb Januari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah layak ke peringkat Suku Akhir Liga Bola Sepak Divisyen 2. Kelab ini tewas tipis 2-3 dengan pasukan RAJD FC.
Pada 19hb Januari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menghadiri program Hari Kerjaya anjuran Projek Mentari. Program ini memberi motivasi kepada anak-anak di kawasan PPR.
Pada 29hb Januari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil 1 di Restoran Teratak Wangsa Melawati untuk membincang perancangan program pada tahun 2020.
Pada 1hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers dijenamakan sebagai AirAsia Setiawangsa Rangers di dalam Liga AirAsia KL Junior. Kelab ini menghantar sebanyak lima kategori iaitu U8, U10, U12, U14 dan U16.
Pada 8hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan RedSpade United FC. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers menang dengan jaringan 4-1.
Pada 11hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Penasihat untuk membincang hala tuju pasukan Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers pada tahun 2020. Ahli Majlis Penasihat memberi padangan tentang hala tuju pasukan ini.
Pada 17hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menziarahi pemain Hafiy yang mengalami kecederaan ACL.
Pada 17hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan latihan pertama dan suai kenal bersama pemain wanita.
Pada 20hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan BSN Liga Super KL. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers menang dengan jaringan 6-1.
Pada 22hb hingga 23hb Februari 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menghantar seorang jurulatih menyertai Kursus Penjaga Gol Akar Umbi yang berlangsung di Wisma FAM.
Pada 8hb Mac 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah meneruskan program kelas Tuisyen Tunas Mentari.
Pada 8hb Mac 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah meneruskan program Klinik Bola Sepak.
Pada 8hb Mac 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menjadi rakan kerjasama dalam program Pertandingan Basikal di Bukit Dinding.
Pada 31hb Mac 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengambil inisiatif melakukan video bagaimana ingin melakukan senaman di rumah pada musim PKP.
Pada 20hb April 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah membuat video 7 latihan bola sepak yang boleh dilakukan di rumah. Video ini mengajar pemain-pemain untuk berlatih secara kendiri di rumah.
Pada 20hb Mei 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyampaikan sumbangan makanan kepada pemain-pemain Tunas Mentari.
Pada 27hb Jun 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyertai aktiviti gotong-royong di kawasan Bukit Dinding.
Pada 6hb Julai 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah bermesyuarat dengan pihak Universiti Kuala Lumpur untuk membincangkan mengenai program Heroes of The Cruyff Court.
Pada 5hb Ogos 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Voltage Hub untuk membincangkan mengenai program E Sports yang akan diadakan di kawasan Setiawangsa.
Pada 8hb Ogos 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah melancarkan pasukan futsal wanita yang mempunyai seramai 46 pemain. Kelab bola sepak ini mengambil inisiatif untuk membangunkan sukan bolasepak di kalangan wanita.
Pada 10hb hingga 15hb Ogos 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyertai kursus “Web Building from Zero to Hero” untuk membangunkan website sendiri.
Pada 20hb Ogos 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Arslan FC.
Pada 26hb Ogos 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil 2 Tahun 2020. Mesyuarat membincangkan hala tuju pasukan dan perkembangan akiviti masa akan datang.
Pada 26hb Ogos 2020, Encik Khushairi Aizad selaku presiden telah menyampaikan sijil watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2020-2022 kepada semua yang telah dilantik.
Pada 2hb September 2020, Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers telah melakukan kunjungan hormat kepada Kompleks Sukan Setiawangsa bagi membincangkan program pada masa akan datang.
Pada 2hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah membayar yuran penyertaan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan telah berbincang mengenai aktiviti bola sepak di kawasan Kuala Lumpur.
Pada 10hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan sesi bergambar bersama Ahli Majlis Penasihat dan Ahli Jawatankuasa.
Pada 12hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawanga Rangers telah menyertai Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan 2.0 anjuran Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Pada 13hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan sesi pemilihan pasukan bawah 8 tahun untuk persediaan menghadapi saingan Liga AirAsia KL Junior.
Pada 14hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyertai Klinik MYKB yang telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Pada 20hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan latihan bola sepak padang bersama pasukan wanita Setiawangsa Rangers. Seramai 30 pemain terlibat dalam latihan ini.
Pada 21hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan ke Gelanggang Bola Keranjang di Bukit Setiawangsa.
Pada 24hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah melakukan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Wira Yussof Mahadi, Timbalan Presiden FAM.
Pada 26hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan Setiawangsa Rangers yang melibatkan seramai 250 pemain. Majlis ini juga menjemput tetamu daripada pihak penaja dan rakan kerjasama daripada agensi kerajaan.
Pada 20hb Oktober 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat YBhg. Datuk Wira Hj Hamidin Hj Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia. Kelab ini juga telah dianugerahkan Ahli Gangsa Piagam Suparimau FAM.
Pada 28hb September 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Intan Zalila, Ketua Program Koordinasi Yayasan Hasanah.
Pada 13hb Oktober 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan mesyuarat bersama Encik Faidzal, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kg Baru Air Panas untuk membincangkan urusan gelanggang Cruyff Court.
Pada 14hb Oktober 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan mesyuarat bersama Encik Zubair, Biro Sukan Persatuan Penduduk Seri Semarak untuk membincangkan urusan gelanggang Cruyff Court.
Pada 23hb November 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada ASP Tuan Fairul Nizam, Ketua Polis Balai Wangsa Maju untuk membincangkan mengenai Cruyff Court.
Pada bulan November, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menerima dua (2) pelajar yang akan menjalani latihan industri di pejabat Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers.
Pada 2hb Disember 2020, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Nokman, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur untuk membincangkan mengenai memperkasakan bola sepak wanita dan kursus kejurulatihan.