aktiviti 2019

aktiviti 2019

Pada 12hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan sesi pemilihan untuk persediaan menghadapi saingan Liga AirAsia KL Junior musim 2019. Ini adalah kesinambungan daripada kejohanan yang telah diadakan pada tahun 2018 untuk membentuk skuad sendiri.
Pada 19hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan sesi pemilihan Fasa 2 untuk persediaan menghadapi saingan Liga AirAsia KL Junior musim 2019. Ini adalah kesinambungan daripada pemilihan Fasa 1.
Pada 24hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah hadir ke mesyuarat bersama Tuan Hj Anwar, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL untuk berbincang mengenai aktiviti yang akan diadakan bersama komuniti setempat.
Pada 24hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang PLD SMK Coachrane Perkasa bagi persiapan menghadapi Saingan Liga AirAsia KL Junior.
Pada 25hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada PJ Rangers FC dan membentangkan laporan Kejohanan Bola Sepak Piala Nik Nazmi Bawah 16 Tahun. Perjumpaan ini berlangsung di Red Q HQ di Sepang, Selangor.
Pada 26hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyertai Liga AirAsia KL Junior bawah 16 tahun buat kali pertama.
Pada 25hb Januari hingga 27hb Januari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menyertai Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang telah diadakan di KSL Futsal.
Pada 16hb Februari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan bersama Kejohanan FIFA Online 3 Piala Setiawangsa yang telah berlangsung di Mineski Setiawangsa.
Pada 24hb Februari 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Live Big Screen Perlawanan Manchester United menentang Liverpool di Restoran Nasi Vaggey Sri Rampai.
Pada 1hb Mac 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan majlis ringkas cabut undian untuk pengajuran Kejohanan Bola Sepak Piala Cruyff Court U12 dan U17 yang akan diadakan pada 3hb Mac 2019.
Pada 3hb Mac 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kelab Sukan Artis Malaysia di Cruyff Court PPR Kg Baru Air Panas.
Pada 3hb Mac 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Cruyff Court di PPR Kg Baru Air Panas Setapak. Kejohanan ini melibatkan seramai 180 peserta dan 12 pasukan.
Pada 3hb Mac 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak Bawah 17 Tahun Piala Cruyff Court di PPR Kg Baru Air Panas Setapak. Kejohanan ini melibatkan seramai 180 peserta dan 12 pasukan.
Pada 10hb Mac 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah membawa pemain-pemain ke Perlawanan Liga Super Malaysia di antara Pasukan Kuala Lumpur menentang pasukan Selangor di Stadium Kuala Lumpur.
Pada 13hb April 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers bawah 16 tahun telah menjuarai Liga AirAsia KL Junior bawah 16 tahun dan hadiah disampaikan oleh Encik Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.
Pada 25hb April 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Meraikan Kemenangan Liga AirAsia KL Junior. Majlis dihadiri semua pemain-pemain, jurulatih dan para ibu bapa.
Pada 2hb Mei 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan program Fit Malaysia @ Community di SMK Seri Titiwangsa. Program ini kerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan kawasan Setiawangsa.
Pada 27hb Mei 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Ranger telah menjuarai Liga Futsal KSL yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal KSL Sri Rampai.
Pada 15hb Jun 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menghadiri Bengkel Suparimau FAM di Wisma FAM. Bengkel ini memberitahu kepada semua penggiat sukan bola sepak di peringkat akar umbi mengenai maklumat terkini mengenai program daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pada 13hb April 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers bawah 16 tahun telah menjuarai Liga AirAsia KL Junior bawah 16 tahun dan hadiah disampaikan oleh Encik Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.
Pada 21hb Julai 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Ranger telah menyertai Kejohanan Pra Musim KLFA 8 Penjuru. Ini julung kalinya penyertaan skuad senior dalam program KLFA. Kelab ini mendapat naib johan dan dapat melakukan persediaan sebelum liga bermula.
Pada 23hb Julai 2019, Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers telah mengetuai untuk menubuhkan Program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers yang menggabungkan konsep pendidikan dan sukan bola sepak. Mesyuarat ini dihadiri juga wakil Persatuan Penduduk PPR Kg Baru Air Panas Setapak, Unikl, Pihak Projek Mentari.
Pada 8hb Ogos 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Majlis Ringkas meraikan penubahan tahun pertama kelab ini. Majlis ini dilakukan di padang Latihan pasukan senior.
Pada 17hb Ogos 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menghadiri Kursus Pengurusan Badan Organisasi anjuran Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Pada 25hb Ogos 2019, Kelab Bola Sepak Setiawanga Rangers telah menganjurkan Majlis Pengenalan Tunas Mentari Setiawangsa Rangers di Pejabat Persatuan Penduduk PPR Kg Baru Air Panas.
Pada 1hb September 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Majlis Pelancaran Tunas Mentari Setiawangsa Rangers di Cruyff Court PPR Kg Baru Air Panas Setapak.44
Pada 8hb September 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers bersama Mentari Project telah mengadakan kelas tuisyen kepada peserta-peserta Tunas Mentari.
Pada 8hb September 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengajurkan Klinik Bola Sepak yang melibatkan serama 25 peserta.
Pada 8hb hingga 9hb Ogos 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengantar dua jurulatih menyertai Kursus Grassroot FAM di Wisma FAM.
Pada 25hb September 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah membawa seramai 25 peserta Tunas Mentari menonton filem Suatu Ketika di E Curve Damansara.
Pada 26hb Oktober 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Karnival Sukan Setiawangsa sempena Bulan Sukan Negara 2019. Antara program yang telah diadakan adalah Fun Run 5KM, Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun, Pertandingan Basikal Tolak, Pertandingan Bola Keranjang 3 Sebelah, Pameran Agensi Kerajaan, Persembahan Artis dan lain-lain.
Pada 16hb November 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mendapat tempat ketiga dalam saingan musim kedua Liga AirAsia KL Junior.
Pada 23hb November 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Yayasan Sime Darby bawah 15 tahun. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers berjaya menewaskan pasukan Gen Pro dengan jaringan 1-0.
Pada 24hb November 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers selaku Ahli Gabungan telah menghadiri Kongress Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur kali ke-32 di Hotel Tamu Kampong Bharu.
Pada 5hb Disember 2019, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Klinik Bola Sepak bersama Wan Kuzain, Pemain Bola Sepak Antarabangsa yang bermain di Liga Amerika Syarikat. Wan Kuzain mengajar Teknik Asas Bola Sepak kepada peserta-peserta.