PENCAPAIAN

Mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan memenangi dua liga.

PENGIKTIRAFAN PIAGAM SUPARIMAU FAM

Pengiktirafan Piagam Suparimau FAM

20 Oktober 2020 - Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menerima pengiktirafan Ahli Gangsa Piagam Suparimau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Yang Berhomat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Penaung Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers telah menerima sijil Suparimau daripada Yang Berbahagia Datuk Wira Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia. Turut bersama Yang Berbahagia Dato Azril Mat Drus, Penasihat Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers, Encik Stuart Ramalingam, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia, dan Encik Khushairi Aizad Jamalludin, Presiden Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers.

Sijil Setiawangsa Rangers "Football Academy" sebagai Ahli Gangsa Suparimau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Surat rasmi Ahli Gangsa Suparimau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

AHLI GABUNGAN PERSATUAN BOLA SEPAK KUALA LUMPUR

AHLI GABUNGAN PERSATUAN BOLA SEPAK KUALA LUMPUR

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menjadi Ahli Gabungan dalam Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur secara rasmi pada 3hb Julai 2019. Encik Khushairi Aizad Jamalludin, Presiden menerima surat daripada Encik Nokman Mustaffa, Setiausaha Agung KLFA secara rasmi di pejabat KLFA.

Gambar semasa Kongres Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur tahun 2019.

Surat rasmi Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur.

JUARA LIGA AIRASIA KL JUNIOR U16 2019

JUARA AIRASIA KL JUNIOR LEAGUE U16 2019

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menjuarai Liga AirAsia KL Junior bawah 16 tahun pada tahun 2019. Pasukan U16 telah memenangi 7 perlawanan, 1 seri dan 1 kekalahan dan memenangi kejuaraan buat pertama kalinya. Seramai 25 pemain terlibat dalam liga ini dan 2 jurulatih mengetuai pasukan. Seramai 25 pemain terlibat dalam liga ini dan 2 jurulatih mengetuai pasukan. Pasukan ini telah menjaringkan 9 gol. Rohit adalah penjaring terbanyak dengan 6 gol.

JUARA PIALA PENGERUSI YAYASAN SIME DARBY U15 2019

JUARA PIALA PENGERUSI YAYASAN SIME DARBY U15 2019

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menjuarai Piala U15 Yayasan Sime Darby Chairman pada tahun 2019. Pasukan U15 memenangi semua perlawanan dari peringkat kumpulan hingga ke pusingan akhir. Seramai 20 pemain terlibat dalam liga ini dan 1 jurulatih memimpin pasukan. Pada perlawanan akhir, Pasukan Rangers Setiawangsa menang 1-0.