KEJOHANAN BOLA SEPAK

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak di peringkat akar umbi. Antaranya Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 tahun, Kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun dan bawah 17 tahun. Kejohanan ini melibatkan pemain-pemain di peringkat akar umbi.

KL WOMEN FOOTBALL'S CHAMPIONSHIP

Lorem Ipsum.

kejohanan cruyff court u12

Kejohanan Cruyff Court U12 diadakan pada tahun 2019 yang melibatkan pemain berusia antara 9 tahun hingga 12 tahun. Seramai 130 pemain telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini dapat mengasah bakat pemain di peringkat akar umbi.

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Kg. Baru Air Panas dan Yayasan Hasanah.

kejohanan cruyff court u17

Kejohanan Cruyff Court U17 diadakan pada tahun 2019 yang melibatkan pemain berusia 15 hingga 17 tahun. Seramai 120 pemain terlibat dalam kejohanan ini. Kejohanan ini memberi pendedahan kepada pemain untuk menyertai kejohanan peringkat komuniti tempatan.

Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Kg. Baru Air Panas dan Yayasan Hasanah.

piala nik nazmi u16

Kejuaraan Piala Nik Nazmi U16 telah diadakan pada tahun 2018. Kejohanan ini diadakan buat pertama kalinya setelah penubuhan kelab bola sepak ini. Sebanyak 16 pasukan terlibat dalam kejohanan ini. Dan seramai 400 pemain terlibat dalam kejohanan ini. Pasukan Felda United telah memenangi kejohanan ini dan pasukan kelab sukan Hotspurs menjadi Naib Johan pada edisi pertama.

karnival sukan setiawangsa

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Sempena Karnival Sukan Setiawangsa telah diadakan pada tahun 2019. Kejohanan ini juga berlangsung dalam tema Bulan Sukan Negara. Kejohanan ini melibatkan seramai 24 pasukan. Sebanyak 360 pemain muda telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini memberi impak besar kepada perkembangan bola sepak di peringkat akar umbi.