aktiviti 2018

aktiviti 2018

Pada 5hb Julai 2018, seramai 9 orang telah hadir bermesyuarat kali pertama untuk membentuk Ahli Jawatankuasa penubuhan kelab ini.
Pada 15hb Julai 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers dengan kerjasama Pejabat Parlimen Setiawangsa menganjurkan program tayangan perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Seramai 1000 pengunjung hadir bagi menyaksikan perlawanan ini.
Pada 26hb Ogos 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan Mesyuarat Agung buat kali pertama untuk membentuk Ahli Jawatankuasa memimpin kelab bola sepak ini. Seramai 10 orang terlibat dalam permulaan pembentukan jawatankuasa ini.
Pada 25hb September 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak Yayasan Hasanah untuk berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan di Cruyff Court Setiawangsa.
Pada 9hb Oktober 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kompleks Sukan Setiawangsa untuk berbincang mengenai program bola sepak yang akan dianjurkan pada masa akan datang.
Pada 2hb Oktober 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers terlibat dalam pembentukan jawatankuasa untuk melaksanakan program Hari Sukan Negara di Kawasan Setiawangsa. Kelab ini bercadang untuk menganjurkan Klinik Bola Sepak.
Pada 13hb Oktober 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers dengan Kerjasama Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat telah menganjurkan Klinik Bola Sepak sempena Hari Sukan Negara 2018.
Pada 11hb November 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menganjurkan Fit Malaysia @ Community di Kawasan PPR Seri Semarak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Setiawangsa dan Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak.
Pada 25hb November 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah melancarkan pasukan ini dan memperkenalkan Kejohanan Bola Sepak Piala Nik Nazmi Bawah 16 tahun yang akan diadakan selama sebulan pada bulan disember ini.

Pada 26hb November 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah menghantar 6 peserta ke Kursus The Heroes of The Cruyff Court. Kursus ini mengajar kepada peserta menjadi seorang jurulatih untuk membentuk HEROES dan menganjurkan kursus kepimpinan dan kejohanan bola sepak di peringkat akar umbi.

Pada 1hb Disember 2018 hingga 22hb Disember 2018, Kelab Bola Sepak telah menguruskan kejohanan ini yang melibatkan sebanyak 16 pasukan dan seramai 400 pemain terlibat dalam kejohanan di peringkat akar umbi ini. Pasukan Felda United telah menjadi juara selepas menewakan Pasukan Kelab Sukan Hotspurs Air Panas dengan jaringan 2-0.
Pada 22hb Disember 2018, Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Superlawak FC. Barisan pemain Setiawangsa Rangers FC diketuai oleh YB Nik Nazmi manakala Superlawak FC diketuai oleh Jep Sepahtu.