setiawangsa virtual juggling challenge 2k21

Program Setiawangsa Virtual Juggling Challenge 2K21 ini dianjurkan bagi mengembangkan bakat-bakat pemain cilik yang berminat terhadap bola sepak. Program ini juga membuka peluang yang lebih luas kepada mereka untuk menjadi seorang pemain yang lebih aktif dan berani dalam menyahut cabaran.

Semoga para peserta dapat membina keyakinan diri dalam menyertai apa jua pertandingan yang dianjurkan oleh kelab bola sepak di Malaysia ini. Selain itu, diharapkan juga para peserta mendapat sedikit sebanyak ilmu tentang adat pertandingan agar lebih profesional dalam pertandingan yang disertai kelak. Di samping itu, para peserta juga diharapkan dapat membantu meningkatkan aspek pembudayaan sukan untuk semua dia kalangan masyarakat dan dapat menimbulkan kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup cergas, sihat dan bersatu. Kerjasama semua pihak diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan kursus ini.

PESERTA #SVJC2K21

Seramai 21 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori bawah 12 tahun dan kategori bawah 18 tahun. Kategori bawah 12 tahun terdiri daripada 8 orang peserta, manakalah 13 orang lagi terdiri daripada kategori bawah 18 tahun.

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN

KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

PEMENANG #SVJC2K21

Peserta-peserta yang berjaya memenangi pertandingan ini akan menerima hadiah yang berbentuk sejumlah wang dan sehelai jersi. Semua peserta yang menyertai akan mendapat sijil sebagai tanda penghargaan kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya.

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN

KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

Facebook LIVE

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS

DISEBALIK TABIR