Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah memberi pendedahan kepada pemain melalui penyertaan kejohanan dan liga. Kelab telah menghantar kategori U8, U10, U12, U14 & U16 menyertai Liga AirAsia KL Junior. Kelab juga menghantar pemain terbuka lelaki ke Liga Bola Sepak Kuala Lumpur dan Kejohanan Futsal.