Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers telah ditubuhkan pada 8hb Ogos 2018. Kelab ini berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nombor pendaftaran 9570/2018. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers merupakan ahli hubungan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers juga merupakan Ahli Gangsa Piagam Suparimau Persatuan Bolasepak Malaysia.